Tongkat Ali(Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia)
Kegunaan: memperbaiki peredaran darah.
SEKIRANYA kita ke pasar atau ke kampung-kampung mencari pokok herba yang dikenali sebagai tongkat ali, pasti ramai yang akan beranggapan bahawa keperluan tersebut semata mata untuk meningkatkan tenaga batin.
Apa tidaknya, sejak terkeluarnya cerita mengenai tumbuhan herba tersebut, ia sering dikaitkan secara langsung kepada golongan yang mengalami masalah tenaga batin. Ini menyebabkan permintaan di pasaran terbuka cukup menjadi hangat.
Bagaimanapun ketika berkunjung ke Taman Herba MARDI, Sungkai, Perak tidak lama dahulu, Pegawai Penyelidik MARDI, Hilir Perak, Mohd.Jelani Bahauddin, memberikan pandangan yang berbeza tentang khasiat tongkat ali.
Hakikat ini turut diakui oleh Renjer FRIM, Baharuddin Alias. Beliau menegaskan adalah tidak tepat untuk meyatakan tongkat ali khusus untuk keperluan tenaga batin sahaja.
Mohd. Jelani berkata, tumbuhan herba yang dikenali dengan nama saintifiknya Eurycoma longifolia, jnga berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah dalam badan kita.
Malah, beiau menambah, berdasarkan pengakuan pengamal perubatan herba, tongkat ali sesuai untuk menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak.
"Tapi penggunaan rawatan herba ini adalah ketika diperlukan sahaja dan tidak sesuai dijadikan sebagai amalan seharian.
"Biasanya, pengamalan ini hanya dilakukan sama ada sebelum atau selepas melakukan aktiviti yang lasak ataupun kerja berat sahaja," ujarnya lagi.
Cara untuk menggunakannya, katanya, mudah sekali iaitu dengan mengambil akarnya lalu dibersihkan dan dikeringkan.
Kemudian, akar tersebut diracik halus-halus. Ambil sedikit sahaja akar yang di racik itu dan rendamkannya ke dalam segelas air panas.
"Bila sudah suam, air itu ditapis terlebih dahulu sebelum diminum. Ini kerana serbuk yang direndam itu tidak sesuai untuk dlminum bersama," katanya.
Berdasarkan penerangan Baharuddin Alias, serbuk tongkat ali, walaupun diracik sehalus mungkin masih kasar dan tidak mudah hadam.
"Ia mungkin boleh mencalarkan saluran darah atau najis dan juga ada ketikanya, mungkin boleh mendap dalam buah pinggang kita," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment